Sepak Raga
Setelah memberitahu anda tentang permainan Congkak, Batu seremban dan Guli, saya ingin membincangkan satu lagi permainan tradisional melayu iaitu Sepak Raga. Percayakah anda bahawa permainan sepak raga telah wujud 600 tahun yang lalu! Tentu anda ingin tahu sedikit tentang sejarah permainan tradisional ini. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Saya berasa lucu apabila mengetahui bahawa Raja Muhammad, putera Sulatan Mansor Shah Muhammad, tertanggal tanjaknya akibat terkena bla raga tendangan Tun Besar.
Sekerang saya ingin memberitahu anda bagaimana permainan ini dimainkan. Dalam permainan sepak raga, pemain akan membentuk satu bulatan. Salah satu pemain akan melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Kemudian rakannya akan menimang bola dengan kakinya. Mereka akan bergilir-gilir menimang bola dan mengawalnya supaya tidak jatuh. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Dari kajian yang saya lakukan, permainan ini sudah tiada lagi dimainkan pada zaman ini. Malah ia telah diubahsuaikan dan menjadi permainan yang terkaenal di seluruh dunia iaitu sepak Takraw. Ia mempunyai peraturan yang berbeza. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.
Saya sungguh berharap bahawa permainan ini dapat dikekalkan sehingga generasi akan datang . Sekian. Terima kasih!
1 comment:
Saya suka menonton video klip yang diletakkan.
=)
Post a Comment