Saturday, July 12, 2008


GASING
Sebagai seorang pelajar berbangsa Melayu, saya memang meminati permainan-permainan Melayu. Antaranya ialah gasing. Arwah nenek sayalah yang telah mengajar saya tentang permainan gasing dan setelah itu, saya begitu tertarik dengan permainan ini. Permainan gasing memang tidak asing lagi dalam masyarakat melayu, dan ia lepuk dek hujan dan tidak lekung dek panas. Permainan gasing merupakan salah satu permainan tradisional yang begitu popular. Menurut arwah, permainan ini memerlukan kebolehan dan kemahiran yang tinggi.
Kerana terlalu minat, saya telah membuat beberapa kajian tentang permainan gasing. Dari itu, say baharu tahu bahawa gasing sebenarnya mempunyai pelbagai bentuk dan nama. Nama yang diberikan kepada gasing-gasing tersebut juga pelik-pelik belaka, antaranya ialah gasing toyol, gasing tanjung, gasing kuno, gasing begelan dan juga gasing lang laut. Gasing dibuat daripada kayu bebara,kayu poko tualang dan pelbagai jenis kayu lagi. Pada zaman dahulu, permainan ini selalu dimainkan selepas musim menuai.
Apabila bermain gasing, seseorang itu harus melilit tali gasing tersebut terlebih dahulu. Setelah itu, baharulah pemain boleh memusing lalu memangkah gsing tersebut. Dalam pertandingan, gasing yang dapat pusing tanpa henti untuk jangka masa paling lama akan menang.
Permainan tradisional seperti gasing sering diberikan sentuhan kemodenan dalam era keransi ini. Sebagai contoh, dengan teknologi yang kian membangun, beberapa badan perkilangan telah membuat permainan 'Beyblade' yang dapat berfungsi persis seperti gasing. Namun, saya harap pertandingan tradisional seperti gasing tidak harus lditelan zaman moden ini. Sebagai orang Melayu, haruslah kita menghargai warisan-warisan bangsa kita.
Sekian, terima kasih.
atikahs

No comments: