Sunday, July 13, 2008


Salam sejahtera!

Pada hari ini, saya ingin membincangkankan tentang sebuah permainan tradisional yang begitu digemari ramai, bukan sahaja dari masyarakat melayu, namun juga mereka dari bangsa lain. Permainan yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Capteh! Mungkin, ramai daripada anda telahpun dapat menekanya terlebih dahulu. Bagaimanapun, tahukah anda bahawa Capteh juga digelar Titing Blulu Ayam? Permainan ini amat diminati khususnya kaum lelaki.Cara bermain Capteh ialah dengan menendangnya seberapa banyak kali tanpa menjatuhkannya. Selain kaki, pemain juga boleh menggunakan dada, kepala atau lutut sahaja.
Saya rasa permainan ini amat menarik kerana ia hampir sama dengan permainan sepak takraw. Apabila pertama kali bermain permainan ini, baharulah saya tahu bahawa menimbang capteh tidaklah semudah yang disangkakan. Seorang pemain yang mahir dalam permainan ini haruslah banyak bersabar dan berlatih. Namun, saya tetap mempunyai kepuasan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata setelah mencuba sendiri permainan ini. Saya sempat bertanya kepada ibu saya tentang permainan ini, sengaja untuk menambahkan pengetahuan. Menurut ibu, permainan ini memang popular dalam zaman kanak-kanaknya. Malah, permainan ini boleh dibuat sendiri dan tidak perlu dibeli. Caranya ialah
mengambil 4/5 bulu ayam yang agak besar dan ikat dengan getah. Potong dua keping getah dari roda basikal berbentuk bulat. Kemudian ketuk satu paku dibawah dan ikatkan bulu ayam tersebut. Pada pendapat saya, orang kampung dahulu amat kreatif dan inovatif dalam mencipta permainan mereka sendiri. Meskipun mereka tidak mempunyai teknologi secanggih zaman sekarang, mereka tetap dapat mencipta sebuah permainan yang begitu menarik sekali.
Baiklah, izinkan saya berhenti di sini dahulu. Selamat!

atikahs


1 comment:

Anonymous said...

Amat menarik. =)