Apabila kita bertanya tentang permainan tradisional seperti guli, nenek kebayan dan galah panjang kepada anak melayu kita, mereka tentu terpinga-pinga untuk menjawapnya. Kemungkinan besar, ramai daripada mereka tidak pernah mendengar tentang permainan tradisional. Dahulu, permainan seperti congkak, guli dan batu seremban dimainkan remaja dan kanak-kanak untuk mengisi masa lapang mereka. Kini dengan adanya teknologi serba canggih, permainan seperti PSP, XBOX dan gameboy telah menjadi tumpuan utama di khayalak ramai terutama sekali golongan remaja.Jika ini berterusan, mungkinkah permainan tradisional melayu akan pupus pada masa akan datang? Ini telah menjadi satu kebimbangan pada masyarakat Melayu. Sebab itulah saya sebagai seorang anak melayu ingin mempertahankan permainan tradisional melayu dengan sedaya upaya supaya ia tidak akan lenyap begitu sahaja. Sebelum itu, saya telah membuat beberapa kajian mengapa remaja zaman ini tidak berminat dengan permainan tradisional. Sebilangan daripada remaja yang telah kami temuramah, berpendapat bahawa permainan tradisional melayu amat membosankan dan tidak mempunyai cabaran. Mereka lebih menyukai permainan pada masa terkini seperti PSP, yang mereka rasa lebih menyeronokkan.Sesungguhnya, perkara ini amat menyedihkan! Pada pendapat saya, kebanyakan daripada golongan remaja ini sebenarnya tidak pernah mencuba pun permainan tradisional Melayu. Lantas, mereka terus menganggap bahawa permainan tradisional amat membosankan.
Namun, saya percaya bahawa semua pihak harus berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk merealisasikan impian murni ini.Kita juga seharusnya mengambil langkah proaktif untuk memastikan matlamat kita menjadi suatu kenyataan. Dari itu, untuk mengelakkan kelenyapan permainan tradisional dalam zaman era keransi ini,saya ingin menyenaraikan beberapa cara yang mungkin berguna untuk khalayak ramai. Antaranya ialah:
- Sekolah boleh mengadakan kegiatan kurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional melayu
- Mengadakan permainan ini di sekolah-sekolah pada hari keharmonia kaum. .
- Mengadakan pertandingan seperti permainan capteh antara kelas atau sekolah
- Sekolah boleh mengadakan karnival permainan tradisional agar golongan remaja Melayu lebih peka dengan budaya Melayu sendiri
- Sekolah juga boleh menganjurkan kem tentang permainan tradisional dan juga budaya melayu
- Ibu bapa boleh memainkan peranan dengan mendorong anak-anak mereka supaya menghargai permainan tradisional
Dengan cara begini, anak melayu kita dapat mengenali permainan tradisional Melayu. Apabila mereka telah kenal, baharulah akan wujud rasa suka dengan permainan tradisional melayu ini, bak pepatah, tak kenal maka tak cinta. Bukan itu sahaja,permainan seperti congkak dan capteh juga dapat dikekalkan hingga ke generasi akan datang! Itu sahajalah cara - cara yang dapat saya fikirkan buat masa ini. Jika anda mempunyai cara yang lain dan ingin berkongsi, saya amat mengalu-alukannya dan anda boleh menulisnya sebagai komen. Harap perbuatan saya untuk menyelamatkan permainan tradisional melayu berbaloi.Saya amat berharap belia-belia zaman sekarang akan membuka mata mereka dan akan mengambil berat tentang fenomena ini..
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment