Saturday, July 19, 2008

Teng- Teng


Salam Sejahtera semua! Saya ingin memperkenalkan satu lagi permainan tradisional yang digemari kanak-kanak perempuan iaitu permainan Teng-Teng. Permainan teng-teng atau dikenali sebagai ketinting tidak menarik hati kanak-kanak lelaki. Ingin tahu mengapa? Ia adalah kerana permainan ini tidak memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil. Selalunya, teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak tidak melebihi empat supaya ia tidak akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain yang bertengteng.





Gelenggang teng teng akan dikores dengan menggunakan kapor tulis tepung. Ia dilukis berpetak-petak yang terdapat 9 petak kosong. Gunda adalah perkakasan penting yang dimainkan bersama. Ia adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang. Pada zaman dahulu pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper dijadi sebagai gundu. Tetapi dompet, pena, buku kecil dan lain-lain lagi digunakan pada zaman ini.



Tentu anda terpinga-pinga bagaimana permainan ini dimainkan?Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.


Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.


Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.


Menarik sungguh permainan ini, bukan? Sebagai orang Melayu, haruslah kita menghargai warisan-warisan bangsa kita.Sekian, terima kasih.

No comments: