Sunday, July 13, 2008


Congkak


Kali ini, saya ingin membincangkan permainan tradisional malayu yang diminati ramai iaitu permainan congkak. Sebut sahaja nama permainan itu pasti ramai orang mengetahui tetapi, apabila ditanya tentang sejarahnya, hanya segelintir yang dapat menjawapi. Permainan ini dipercayai berasal dari Timur Tengah. Di Asia Tenggara, Melaka merupai tempat perkembangan permainan congkak. Ia mempunyai nama berbeza di negeri lain sepertiia disebut 'sungka' di Filipina, 'cangka' di Sri Lanka dan 'tunkayon' di Thailand.


Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Tahukah anda apa yang sering digunakan sebagai buah congkak? Ia adalah guli - guli kaca, batu, biji saga dan banyak-banyak lagi!

Papan congkak mempunyai 14 lubang yang dikenali sebagai 'kampung' dan dua ibu lobang di hujungnya yang dipanggil 'rumah'.


Saya amat meminati permainan ini kerana ia melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Tentu anda ingin mengetahui bagaimana permainan ini dimainkan! 6-7 buah congkak akan diletakkan di setiap kampung. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain akan memulakan dengan serentak. Buah congkak akan diambil dari salah satu kampung dan dimasukkan secara satu persatu ke dalam setiap

'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. Setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Ketika pemain kehabisan buah, ia akan mengisi lubang kecil dengan buah yang terdapat di lubang ibu. Lubang yang tidak dapat diisi sepenuhnya akan ditutup. Pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan. Pada mulanya, saya tidak berapa minit dengan peraturan yang begitu rumit. Tetapi setelah bermain sekali, saya mendapati permainan ini sungguh menarik!


Kerana minat yang begitu dalam, Saya telah membuat beberapa kajian tentang permainan ini. Pada lazimnya, congkak diperbuat daripada kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Ia mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak. Saya harap permainan tradisional yang menarik ini tidak akan lenyap di zaman moden ini!


Sekian, terima kasih!




No comments: