Thursday, July 24, 2008

Pandangan Dan Pendapat

Salam sejahtera ,

Dewasa ini, saya dapati permainan tradisional semakin kurang popularitinya. Seperti yang telah saya nyatakan pada pos yang lalu, punca utama berlakunya fenomena ini ialah kerana wujudnya permainan moden yang lebih canggih dan lebih mencabar bagi belia-belia zaman sekarang. Namun, adakah ini satu-satunya punca mengapa perkara ini berlaku?

Menurut pandangan saya, saya juga dapat melihat bahawa satu lagi sebab mengapa permainan tradisional semakin pupus ialah kerana kurang inisiatif daripada pihak-pihak yang bertanggunggjawab untuk melestarikan permainan sebegini. Mungkin, mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan lantas, enggan mengambil risiko untuk menjual permainan sebegini. Pihak-pihak berkenaan hanya mahu menyokong usaha menjual permainan-permainan yang lebih menjanjikan keuntungan yang berlipat ganda seperti permainan baharu. Sebagai contoh, permainan psp, xbox, ps3 dan wii.

Saya juga berpendapat bahawa permainan tradisional ini kurang diberi perhatian kerana kurang dorongan daripada pihak sekolah dan juga ibu bapa. Padahal, merekalah yang mempunyai lebih pengalaman bermain permainan seperti ini. Keengganan mereka menceritakan keseronokan pengalaman mereka bermain permainan seperti ini membuat para belia berfikiran negatif terhadap permainan tradisional.

Tidak dilupakan, media massa juga mempunyai peranan yang penting memperkenalkan permainan-permainan tradisional kepada anak-anak muda. Sebagai contoh, stesen suria misalnya boleh mengadakan rancangan-rancangan yang berkaitan dengan budaya melayu, lantas secara tidak langsung boleh menyelitkan informasi yang berguna tentang permainan tradisional. Stesen radio ria juga boleh memainkan peranan dengan mengadakan rancangan interaktif dengan pelajar tentang permainan Melayu. Saya pasti ini akan membantu permainan tradisional untuk terus berkembang dan tidak pupus dari zaman ke zaman.

Dari itu, untuk melestarikan dan merealisasikan impian murni ini, saya percaya bahawa semua pihak harus menggembleng tenaga dan memberikan sokongan padu. Tanpa usaha, saya pasti keinginan kita tidak akan tercapai. Bak pepatah, usaha itu adalah tangga kejayaan. Oleh yang demekian, saya amat berharap bahawa anda semua akan memainkan peranan masing-masing, termasuk diri kita sendiri!


Sekian, terima kasih.


atikahs

Sunday, July 20, 2008

Bagaimana permainan tradisional dapat dikekalkan?

Apabila kita bertanya tentang permainan tradisional seperti guli, nenek kebayan dan galah panjang kepada anak melayu kita, mereka tentu terpinga-pinga untuk menjawapnya. Kemungkinan besar, ramai daripada mereka tidak pernah mendengar tentang permainan tradisional. Dahulu, permainan seperti congkak, guli dan batu seremban dimainkan remaja dan kanak-kanak untuk mengisi masa lapang mereka. Kini dengan adanya teknologi serba canggih, permainan seperti PSP, XBOX dan gameboy telah menjadi tumpuan utama di khayalak ramai terutama sekali golongan remaja.Jika ini berterusan, mungkinkah permainan tradisional melayu akan pupus pada masa akan datang? Ini telah menjadi satu kebimbangan pada masyarakat Melayu. Sebab itulah saya sebagai seorang anak melayu ingin mempertahankan permainan tradisional melayu dengan sedaya upaya supaya ia tidak akan lenyap begitu sahaja. Sebelum itu, saya telah membuat beberapa kajian mengapa remaja zaman ini tidak berminat dengan permainan tradisional. Sebilangan daripada remaja yang telah kami temuramah, berpendapat bahawa permainan tradisional melayu amat membosankan dan tidak mempunyai cabaran. Mereka lebih menyukai permainan pada masa terkini seperti PSP, yang mereka rasa lebih menyeronokkan.Sesungguhnya, perkara ini amat menyedihkan! Pada pendapat saya, kebanyakan daripada golongan remaja ini sebenarnya tidak pernah mencuba pun permainan tradisional Melayu. Lantas, mereka terus menganggap bahawa permainan tradisional amat membosankan.

Namun, saya percaya bahawa semua pihak harus berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk merealisasikan impian murni ini.Kita juga seharusnya mengambil langkah proaktif untuk memastikan matlamat kita menjadi suatu kenyataan. Dari itu, untuk mengelakkan kelenyapan permainan tradisional dalam zaman era keransi ini,saya ingin menyenaraikan beberapa cara yang mungkin berguna untuk khalayak ramai. Antaranya ialah:

  • Sekolah boleh mengadakan kegiatan kurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional melayu

  • Mengadakan permainan ini di sekolah-sekolah pada hari keharmonia kaum. .

  • Mengadakan pertandingan seperti permainan capteh antara kelas atau sekolah

  • Sekolah boleh mengadakan karnival permainan tradisional agar golongan remaja Melayu lebih peka dengan budaya Melayu sendiri
  • Sekolah juga boleh menganjurkan kem tentang permainan tradisional dan juga budaya melayu
  • Ibu bapa boleh memainkan peranan dengan mendorong anak-anak mereka supaya menghargai permainan tradisional



Dengan cara begini, anak melayu kita dapat mengenali permainan tradisional Melayu. Apabila mereka telah kenal, baharulah akan wujud rasa suka dengan permainan tradisional melayu ini, bak pepatah, tak kenal maka tak cinta. Bukan itu sahaja,permainan seperti congkak dan capteh juga dapat dikekalkan hingga ke generasi akan datang! Itu sahajalah cara - cara yang dapat saya fikirkan buat masa ini. Jika anda mempunyai cara yang lain dan ingin berkongsi, saya amat mengalu-alukannya dan anda boleh menulisnya sebagai komen. Harap perbuatan saya untuk menyelamatkan permainan tradisional melayu berbaloi.Saya amat berharap belia-belia zaman sekarang akan membuka mata mereka dan akan mengambil berat tentang fenomena ini..

Sekian, terima kasih

Assalamulaikum semua,

Pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda sebuah sajak tentang permainan tradisional yang telah saya gubah. Saya harap anda dapat memberikan komen dan pandangan anda tentang sajak ini. Terima kasih!


Ku memandang khazanah Melayu
dengan hati penuh sayu
rasanya, ia seperti ditinggalkan
rasanya, ia seperti dianaktirikan

Hatiku sebak memikirkannya
entah mengapa, diriku tertanya-tanya
mengapa ia dipandang sebelah mata?
walaupun yang memandangnya
adalah ANAK MELAYU kita!

Congkak, gasing, Teng-teng
dahulu kala,
itulah pengisi masa

bagi anak-anak muda
namun kini ia seakan-akan telah pergi
yang tinggal hanyalah
kenangan bersemi

Permainan moden pula mengambil alih
peredaran masa
mengubah segalanya
xbox dan psp pula mengikut rentak
dan citarasa anak muda



atikahs

Saturday, July 19, 2008

Teng- Teng


Salam Sejahtera semua! Saya ingin memperkenalkan satu lagi permainan tradisional yang digemari kanak-kanak perempuan iaitu permainan Teng-Teng. Permainan teng-teng atau dikenali sebagai ketinting tidak menarik hati kanak-kanak lelaki. Ingin tahu mengapa? Ia adalah kerana permainan ini tidak memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil. Selalunya, teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak tidak melebihi empat supaya ia tidak akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain yang bertengteng.





Gelenggang teng teng akan dikores dengan menggunakan kapor tulis tepung. Ia dilukis berpetak-petak yang terdapat 9 petak kosong. Gunda adalah perkakasan penting yang dimainkan bersama. Ia adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang. Pada zaman dahulu pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper dijadi sebagai gundu. Tetapi dompet, pena, buku kecil dan lain-lain lagi digunakan pada zaman ini.



Tentu anda terpinga-pinga bagaimana permainan ini dimainkan?Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.


Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.


Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.


Menarik sungguh permainan ini, bukan? Sebagai orang Melayu, haruslah kita menghargai warisan-warisan bangsa kita.Sekian, terima kasih.





Sepak Raga


Setelah memberitahu anda tentang permainan Congkak, Batu seremban dan Guli, saya ingin membincangkan satu lagi permainan tradisional melayu iaitu Sepak Raga. Percayakah anda bahawa permainan sepak raga telah wujud 600 tahun yang lalu! Tentu anda ingin tahu sedikit tentang sejarah permainan tradisional ini. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Saya berasa lucu apabila mengetahui bahawa Raja Muhammad, putera Sulatan Mansor Shah Muhammad, tertanggal tanjaknya akibat terkena bla raga tendangan Tun Besar.


Sekerang saya ingin memberitahu anda bagaimana permainan ini dimainkan. Dalam permainan sepak raga, pemain akan membentuk satu bulatan. Salah satu pemain akan melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Kemudian rakannya akan menimang bola dengan kakinya. Mereka akan bergilir-gilir menimang bola dan mengawalnya supaya tidak jatuh. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.


Dari kajian yang saya lakukan, permainan ini sudah tiada lagi dimainkan pada zaman ini. Malah ia telah diubahsuaikan dan menjadi permainan yang terkaenal di seluruh dunia iaitu sepak Takraw. Ia mempunyai peraturan yang berbeza. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.


Saya sungguh berharap bahawa permainan ini dapat dikekalkan sehingga generasi akan datang . Sekian. Terima kasih!
Batu Seremban


Pada hari ini, saya ingin memperkenalakan satu lagi permainan tradisional yang amat populat pada zaman ini iaitu batu seremban. Tahukah anda bahawa permainan batu seremban juga dikenali sebagai selambut dan serembat? Srperti permainan congkak, guli kaca dan biji getah digunakan sebagai buah. Perbezaanya adalah permainan batu seremban hanya mengguna lima biji sahaja. Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang dan pemain harus mempunyai kemahiran menangkap. Berbual tentang kemahiran, saya teringat peristiwa berlaku ketika saya darjah lima. Saya sering ditewaskan oleh teman saya, Azura, ketika bermain batu seremban kerana saya tidak mempunyai kemahiran itu dan tangan yang besar. Walaubagaimanapun, ia tidak mematahkan minat saya dalam permainan ini kerana permainan ini dapat menenangkan fikiran saya.


Setalah berbincang panjang, tentu anda ingin mengetahui bagaimana ia dimainkan! Dalam permainan ini, ia mempunyai beberapa peringkat. Bermula dengan peringkat satu iaitu peringkat yang mudah dan berakhir dengan peringkat tujuh iaitu peringkat yang susah.


Dalam peringkat satu, kesemua buah akan diselerakkan dengan cara menabur. Sebiji buah diambil sebagai ibu. Aapabila ibu dilambung ke udara, sebiji lagi buah dikutip. Buah ibu dan buah yang dikutip harus digenggam di tangan. Ia akan diulang sehingga kesemua buah telah dilambung dan disambut.Perbezaan antara peringkat satu dan dua, 2 biji harus dikutip serentak. begitu juga pada peringkat tiga, empat dan lima.


Dalam pengalaman saya bermain permainan ini, peringkat enam dan tujuh menyerupai peringkat yang sukar diselesaikan. Ingin tahu mengapa? Dalam peringkat enam, 2 buah biji buah dijadikan sebagai ibu. Apabila sebiji daripadanya dilamambungkan ke udara, sebiji lagi harus ditukarkan dengan buah yang lain sehingga selesai. Dalam peringkat tujuh, sebiji buah harus dikutip apabila dua buah ibu dilambungkan ke udara dan ditangkap bersama.


Apabila si pemain tidak dapat mengutip atau menangkap sebiji buah, ia dianggap mati dan permainan ini diserahkan kepada pemain seterusnya. Jikalau pemain dapat menyelesaikan dalam peringkat tujuh dahulu, ia dianggap juara.


Ah! Itulah permainan batu seremban. Menarik, bukan? Saya berharap anda tertarik dengan permainan ini selepas saya memberitahu informasi yang lebih dalam.Baiklah, izinkan saya berhenti di sini dahulu!


Terima kasih!




Sunday, July 13, 2008


Congkak


Kali ini, saya ingin membincangkan permainan tradisional malayu yang diminati ramai iaitu permainan congkak. Sebut sahaja nama permainan itu pasti ramai orang mengetahui tetapi, apabila ditanya tentang sejarahnya, hanya segelintir yang dapat menjawapi. Permainan ini dipercayai berasal dari Timur Tengah. Di Asia Tenggara, Melaka merupai tempat perkembangan permainan congkak. Ia mempunyai nama berbeza di negeri lain sepertiia disebut 'sungka' di Filipina, 'cangka' di Sri Lanka dan 'tunkayon' di Thailand.


Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Tahukah anda apa yang sering digunakan sebagai buah congkak? Ia adalah guli - guli kaca, batu, biji saga dan banyak-banyak lagi!

Papan congkak mempunyai 14 lubang yang dikenali sebagai 'kampung' dan dua ibu lobang di hujungnya yang dipanggil 'rumah'.


Saya amat meminati permainan ini kerana ia melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Tentu anda ingin mengetahui bagaimana permainan ini dimainkan! 6-7 buah congkak akan diletakkan di setiap kampung. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain akan memulakan dengan serentak. Buah congkak akan diambil dari salah satu kampung dan dimasukkan secara satu persatu ke dalam setiap

'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. Setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Ketika pemain kehabisan buah, ia akan mengisi lubang kecil dengan buah yang terdapat di lubang ibu. Lubang yang tidak dapat diisi sepenuhnya akan ditutup. Pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan. Pada mulanya, saya tidak berapa minit dengan peraturan yang begitu rumit. Tetapi setelah bermain sekali, saya mendapati permainan ini sungguh menarik!


Kerana minat yang begitu dalam, Saya telah membuat beberapa kajian tentang permainan ini. Pada lazimnya, congkak diperbuat daripada kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Ia mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak. Saya harap permainan tradisional yang menarik ini tidak akan lenyap di zaman moden ini!


Sekian, terima kasih!




Guli



Assalamualaikum,

Setelah berbincang tentang permainan-permainan tradisional seperti gasing, wau dan capteh, hari ini saya ingin berbual pula tentang guli, satu lagi permainan yang tidak asing lagi dalam masyarakat melayu. Sebelum ini, saya fikir guli hanyalah sebuah permainan yang hanya dimainkan oleh kanak-kanak di bawah umur. Bagi saya, ia agak membosankan kerana tidak mempunyai daya saing untuk kanak-kanak yang lebih dewasa. Namun, setelah membuat kajian tentang permainan guli, ternyata tanggapan saya ini salah!
Sebenarnya, permainan guli amat menyeronokkan dan penuh dengan cabaran. Namun, sebelum saya bercerita panjang lebar tentang pengalaman saya bermain guli, terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan cara-cara bermain guli kepada anda, para pembaca.=)

Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Sebelum memulakan permainan,
satu bulatan harus dilukiskan terlebih dahulu di atas tanah berukuran garis pusat 1m. Ditengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam 7sm. dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m. daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.

Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.

Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.

Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.

Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.

Sememangnya, permainan guli ini amat menarik, namun agak sukar untuk menang, apatah lagi golongan yang tidak mempunyai sepasang mata yang sihat seperti diri saya sendiri!

atikahs


Salam sejahtera!

Pada hari ini, saya ingin membincangkankan tentang sebuah permainan tradisional yang begitu digemari ramai, bukan sahaja dari masyarakat melayu, namun juga mereka dari bangsa lain. Permainan yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Capteh! Mungkin, ramai daripada anda telahpun dapat menekanya terlebih dahulu. Bagaimanapun, tahukah anda bahawa Capteh juga digelar Titing Blulu Ayam? Permainan ini amat diminati khususnya kaum lelaki.Cara bermain Capteh ialah dengan menendangnya seberapa banyak kali tanpa menjatuhkannya. Selain kaki, pemain juga boleh menggunakan dada, kepala atau lutut sahaja.
Saya rasa permainan ini amat menarik kerana ia hampir sama dengan permainan sepak takraw. Apabila pertama kali bermain permainan ini, baharulah saya tahu bahawa menimbang capteh tidaklah semudah yang disangkakan. Seorang pemain yang mahir dalam permainan ini haruslah banyak bersabar dan berlatih. Namun, saya tetap mempunyai kepuasan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata setelah mencuba sendiri permainan ini. Saya sempat bertanya kepada ibu saya tentang permainan ini, sengaja untuk menambahkan pengetahuan. Menurut ibu, permainan ini memang popular dalam zaman kanak-kanaknya. Malah, permainan ini boleh dibuat sendiri dan tidak perlu dibeli. Caranya ialah
mengambil 4/5 bulu ayam yang agak besar dan ikat dengan getah. Potong dua keping getah dari roda basikal berbentuk bulat. Kemudian ketuk satu paku dibawah dan ikatkan bulu ayam tersebut. Pada pendapat saya, orang kampung dahulu amat kreatif dan inovatif dalam mencipta permainan mereka sendiri. Meskipun mereka tidak mempunyai teknologi secanggih zaman sekarang, mereka tetap dapat mencipta sebuah permainan yang begitu menarik sekali.
Baiklah, izinkan saya berhenti di sini dahulu. Selamat!

atikahs


Saturday, July 12, 2008


GASING
Sebagai seorang pelajar berbangsa Melayu, saya memang meminati permainan-permainan Melayu. Antaranya ialah gasing. Arwah nenek sayalah yang telah mengajar saya tentang permainan gasing dan setelah itu, saya begitu tertarik dengan permainan ini. Permainan gasing memang tidak asing lagi dalam masyarakat melayu, dan ia lepuk dek hujan dan tidak lekung dek panas. Permainan gasing merupakan salah satu permainan tradisional yang begitu popular. Menurut arwah, permainan ini memerlukan kebolehan dan kemahiran yang tinggi.
Kerana terlalu minat, saya telah membuat beberapa kajian tentang permainan gasing. Dari itu, say baharu tahu bahawa gasing sebenarnya mempunyai pelbagai bentuk dan nama. Nama yang diberikan kepada gasing-gasing tersebut juga pelik-pelik belaka, antaranya ialah gasing toyol, gasing tanjung, gasing kuno, gasing begelan dan juga gasing lang laut. Gasing dibuat daripada kayu bebara,kayu poko tualang dan pelbagai jenis kayu lagi. Pada zaman dahulu, permainan ini selalu dimainkan selepas musim menuai.
Apabila bermain gasing, seseorang itu harus melilit tali gasing tersebut terlebih dahulu. Setelah itu, baharulah pemain boleh memusing lalu memangkah gsing tersebut. Dalam pertandingan, gasing yang dapat pusing tanpa henti untuk jangka masa paling lama akan menang.
Permainan tradisional seperti gasing sering diberikan sentuhan kemodenan dalam era keransi ini. Sebagai contoh, dengan teknologi yang kian membangun, beberapa badan perkilangan telah membuat permainan 'Beyblade' yang dapat berfungsi persis seperti gasing. Namun, saya harap pertandingan tradisional seperti gasing tidak harus lditelan zaman moden ini. Sebagai orang Melayu, haruslah kita menghargai warisan-warisan bangsa kita.
Sekian, terima kasih.
atikahs

Wednesday, July 9, 2008



HELLO!~
Pada hari ini, saya ingin berkongsi pengetahuan saya tentang satu lagi permainan tradisional yang amat popular iaitu permainan Wau, atau juga dikenali sebagai layang-layang. Bagi saya, permainan wau amat unik dan ia juga mempunyai nama-nama yang tersendiri. Antaranya ialah wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau bulan. MENARIK BUKAN?
Sebenarnya, permainan Wau telahpun dimainkan sejak kurun ke 15. Dalam zaman serba teknologi ini, permainan wau masih lagi dimainkan dan masih relevan dalam permainan kalangan orang Melayu. Wau juga mempunyai reka bentuk yang cantik. Reka coraknya selalunya berlandaskan bentuk awan dan ia akan dihiasi dengan pelbagai warna. Malah, wau bukan sahaja dijadikan sebagai sebuah permainan, namun ia juga boleh dijadikan sebagai kraftangan ataupun perhiasan dindin.Cara memainnya tidaklah begitu rumit, namun bagi pemain yang handal, mereka haruslah melengkapkan diri mereka dengan kemahiran mengawal wau.

Selalunya, permainan ini memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang di mana seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut dapat terbang tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan membuat wau tersebut kelihatan lebih cantik dan pasti semua mata akan terpaku melihatnya!

atikahs