Thursday, July 24, 2008

Pandangan Dan Pendapat

Salam sejahtera ,

Dewasa ini, saya dapati permainan tradisional semakin kurang popularitinya. Seperti yang telah saya nyatakan pada pos yang lalu, punca utama berlakunya fenomena ini ialah kerana wujudnya permainan moden yang lebih canggih dan lebih mencabar bagi belia-belia zaman sekarang. Namun, adakah ini satu-satunya punca mengapa perkara ini berlaku?

Menurut pandangan saya, saya juga dapat melihat bahawa satu lagi sebab mengapa permainan tradisional semakin pupus ialah kerana kurang inisiatif daripada pihak-pihak yang bertanggunggjawab untuk melestarikan permainan sebegini. Mungkin, mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan lantas, enggan mengambil risiko untuk menjual permainan sebegini. Pihak-pihak berkenaan hanya mahu menyokong usaha menjual permainan-permainan yang lebih menjanjikan keuntungan yang berlipat ganda seperti permainan baharu. Sebagai contoh, permainan psp, xbox, ps3 dan wii.

Saya juga berpendapat bahawa permainan tradisional ini kurang diberi perhatian kerana kurang dorongan daripada pihak sekolah dan juga ibu bapa. Padahal, merekalah yang mempunyai lebih pengalaman bermain permainan seperti ini. Keengganan mereka menceritakan keseronokan pengalaman mereka bermain permainan seperti ini membuat para belia berfikiran negatif terhadap permainan tradisional.

Tidak dilupakan, media massa juga mempunyai peranan yang penting memperkenalkan permainan-permainan tradisional kepada anak-anak muda. Sebagai contoh, stesen suria misalnya boleh mengadakan rancangan-rancangan yang berkaitan dengan budaya melayu, lantas secara tidak langsung boleh menyelitkan informasi yang berguna tentang permainan tradisional. Stesen radio ria juga boleh memainkan peranan dengan mengadakan rancangan interaktif dengan pelajar tentang permainan Melayu. Saya pasti ini akan membantu permainan tradisional untuk terus berkembang dan tidak pupus dari zaman ke zaman.

Dari itu, untuk melestarikan dan merealisasikan impian murni ini, saya percaya bahawa semua pihak harus menggembleng tenaga dan memberikan sokongan padu. Tanpa usaha, saya pasti keinginan kita tidak akan tercapai. Bak pepatah, usaha itu adalah tangga kejayaan. Oleh yang demekian, saya amat berharap bahawa anda semua akan memainkan peranan masing-masing, termasuk diri kita sendiri!


Sekian, terima kasih.


atikahs

Sunday, July 20, 2008

Bagaimana permainan tradisional dapat dikekalkan?

Apabila kita bertanya tentang permainan tradisional seperti guli, nenek kebayan dan galah panjang kepada anak melayu kita, mereka tentu terpinga-pinga untuk menjawapnya. Kemungkinan besar, ramai daripada mereka tidak pernah mendengar tentang permainan tradisional. Dahulu, permainan seperti congkak, guli dan batu seremban dimainkan remaja dan kanak-kanak untuk mengisi masa lapang mereka. Kini dengan adanya teknologi serba canggih, permainan seperti PSP, XBOX dan gameboy telah menjadi tumpuan utama di khayalak ramai terutama sekali golongan remaja.Jika ini berterusan, mungkinkah permainan tradisional melayu akan pupus pada masa akan datang? Ini telah menjadi satu kebimbangan pada masyarakat Melayu. Sebab itulah saya sebagai seorang anak melayu ingin mempertahankan permainan tradisional melayu dengan sedaya upaya supaya ia tidak akan lenyap begitu sahaja. Sebelum itu, saya telah membuat beberapa kajian mengapa remaja zaman ini tidak berminat dengan permainan tradisional. Sebilangan daripada remaja yang telah kami temuramah, berpendapat bahawa permainan tradisional melayu amat membosankan dan tidak mempunyai cabaran. Mereka lebih menyukai permainan pada masa terkini seperti PSP, yang mereka rasa lebih menyeronokkan.Sesungguhnya, perkara ini amat menyedihkan! Pada pendapat saya, kebanyakan daripada golongan remaja ini sebenarnya tidak pernah mencuba pun permainan tradisional Melayu. Lantas, mereka terus menganggap bahawa permainan tradisional amat membosankan.

Namun, saya percaya bahawa semua pihak harus berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk merealisasikan impian murni ini.Kita juga seharusnya mengambil langkah proaktif untuk memastikan matlamat kita menjadi suatu kenyataan. Dari itu, untuk mengelakkan kelenyapan permainan tradisional dalam zaman era keransi ini,saya ingin menyenaraikan beberapa cara yang mungkin berguna untuk khalayak ramai. Antaranya ialah:

  • Sekolah boleh mengadakan kegiatan kurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional melayu

  • Mengadakan permainan ini di sekolah-sekolah pada hari keharmonia kaum. .

  • Mengadakan pertandingan seperti permainan capteh antara kelas atau sekolah

  • Sekolah boleh mengadakan karnival permainan tradisional agar golongan remaja Melayu lebih peka dengan budaya Melayu sendiri
  • Sekolah juga boleh menganjurkan kem tentang permainan tradisional dan juga budaya melayu
  • Ibu bapa boleh memainkan peranan dengan mendorong anak-anak mereka supaya menghargai permainan tradisional



Dengan cara begini, anak melayu kita dapat mengenali permainan tradisional Melayu. Apabila mereka telah kenal, baharulah akan wujud rasa suka dengan permainan tradisional melayu ini, bak pepatah, tak kenal maka tak cinta. Bukan itu sahaja,permainan seperti congkak dan capteh juga dapat dikekalkan hingga ke generasi akan datang! Itu sahajalah cara - cara yang dapat saya fikirkan buat masa ini. Jika anda mempunyai cara yang lain dan ingin berkongsi, saya amat mengalu-alukannya dan anda boleh menulisnya sebagai komen. Harap perbuatan saya untuk menyelamatkan permainan tradisional melayu berbaloi.Saya amat berharap belia-belia zaman sekarang akan membuka mata mereka dan akan mengambil berat tentang fenomena ini..

Sekian, terima kasih

Assalamulaikum semua,

Pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda sebuah sajak tentang permainan tradisional yang telah saya gubah. Saya harap anda dapat memberikan komen dan pandangan anda tentang sajak ini. Terima kasih!


Ku memandang khazanah Melayu
dengan hati penuh sayu
rasanya, ia seperti ditinggalkan
rasanya, ia seperti dianaktirikan

Hatiku sebak memikirkannya
entah mengapa, diriku tertanya-tanya
mengapa ia dipandang sebelah mata?
walaupun yang memandangnya
adalah ANAK MELAYU kita!

Congkak, gasing, Teng-teng
dahulu kala,
itulah pengisi masa

bagi anak-anak muda
namun kini ia seakan-akan telah pergi
yang tinggal hanyalah
kenangan bersemi

Permainan moden pula mengambil alih
peredaran masa
mengubah segalanya
xbox dan psp pula mengikut rentak
dan citarasa anak muda



atikahs